بِسْمِ اللّٰهِ
الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam
dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka
(seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul
(Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian
itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani
Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)"
(Surah Al-Araf ayat 172)
Daripada ayat ini, saya dapat menghuraikan bahawa setiap manusia sebelum dilahirkan dimuka bumi ini pernah diminta kesaksiannya atas kewujudan Allah Ta'ala dan mereka menyaksikan atau mengenalNya dengan baik.
Jadi mereka yang bergelar mua'alaf sebenarnya bukan memeluk agama Islam, tetapi kembali kepada fitrah
Kisah Menarik Loo Jo Yee iaitu Bekas Bakal Paderi kembali kepada fitrah.
Loo Jo Yee adalah seorang gadis berbangsa Cina
berusia 18 tahun. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama Kristian
yang taat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja.
Disebabkan itu, keluarga beliau sangat membantah sehingga menganggap
masuk Islam adalah suatu yang hina bagi keluarganya.
Loo Jo Yee sebenarnya telah memeluk
Islam ketika masih berusia 17 tahun. Disebabkan di Malaysia mempunyai
undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula umur 18 tahun sahaja,
beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan tersebut sehingga umurnya
mencecah usia 18 tahun sekarang.
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang
ini, seseorang muallaf sudah tidak perlu menukar nama kepada nama Islam,
dan hanya perlu ber’binti’kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar
bangsa. Maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Kisah Menarik Pengislaman Loo Jo Yee
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
1. Jo Yee mempunyai ramai rakan-rakan
yang beragama Islam. Mereka telah berdebat tentang agama masing-masing.
Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam memeluk
agama Kristian. Namun, untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah
mengkaji Al-Quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji
kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama
beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa
di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari
perkara sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam
untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat
ketenangan jiwa ketika membaca Al-Quran. Itu adalah hidayah pertama Loo
Jo Yee.
2. Jo Yee pernah disyaki menghidap
penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar
kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah
penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda. Rakan-rakan Islam Jo
Yee banyak memberi galakkan kepada beliau untuk cuba memohon doa kepada
Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya
berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau
menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan
kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan beliau
terus mengucap 2 kalimah syahadah serta-merta. Subhanallah..
Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau
berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17
tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga
tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima selepas
bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga
tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di
Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini
dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan
cara tersendiri.
No comments:
Post a Comment