Tuesday, December 31, 2013

Memeluk Islam Atau Kembali kepada Fitrah ?




   بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ






  

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)"

(Surah Al-Araf ayat 172)





Daripada ayat ini, saya dapat menghuraikan bahawa setiap manusia sebelum dilahirkan dimuka bumi ini pernah diminta kesaksiannya atas kewujudan Allah Ta'ala dan mereka menyaksikan atau mengenalNya dengan baik. 


Jadi mereka yang bergelar mua'alaf sebenarnya bukan memeluk agama Islam, tetapi kembali kepada fitrah





 
Kisah Menarik Loo Jo Yee iaitu Bekas Bakal Paderi kembali kepada fitrah.






Loo Jo Yee adalah seorang gadis berbangsa Cina berusia 18 tahun. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama Kristian yang taat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat membantah sehingga menganggap masuk Islam adalah suatu yang hina bagi keluarganya.

Loo Jo Yee sebenarnya telah memeluk Islam ketika masih berusia 17 tahun. Disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula umur 18 tahun sahaja, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan tersebut sehingga umurnya mencecah usia 18 tahun sekarang.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang ini, seseorang muallaf sudah tidak perlu menukar nama kepada nama Islam, dan hanya perlu ber’binti’kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa. Maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.



Kisah Menarik Pengislaman Loo Jo Yee
 Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.


1. Jo Yee mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam memeluk agama Kristian. Namun, untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji Al-Quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca Al-Quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.


2. Jo Yee pernah disyaki menghidap penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda. Rakan-rakan Islam Jo Yee banyak memberi galakkan kepada beliau untuk cuba memohon doa kepada Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan beliau terus mengucap 2 kalimah syahadah serta-merta. Subhanallah..


Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.



Saturday, December 14, 2013

Tak kenal Maka Tak Cinta





 بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ








Rasulullah s.a.w. bersabda

maksudnya:


“ barangsiapa yang mencintaiku, maka ia bersamaku di dalam syurga”

(Riwayat Tarmizi)






Orang kata dari kerana mata turun kehati, barulah terbit rasa cinta

TAPI?

Macam mana kita nak timbulkan perasaan cinta ni kepada Rasul kita yang terakhir ?

Sebabnya kita tak pernah langsung bersua muka dengan baginda

Haaaa!!

Ada caranya, iaitu Ta'aruf yang bermaksud kenal



Jadi, tahukah anda bahawa :


1. Rasulullah bersandar dengan sisi kiri tubuh beliau diletakkan pada sebiji bantal.

2. Rasulullah tidak makan sambil bersandar.

3. Rasulullah tidur sehingga berdengkur halus. Baginda selalu berdengkur ketika tidur.

4. Tangisan nabi berbunyi seperti air yang sedang menggelegak.

5. Rasullullah pernah diundang makan roti gandum dengan lemak basi. Baginda memenuhi undangan itu.

6. Bau peluh rasulullah lebih wangi daripada minyak wangi.

7. Rasulullah tidak pernah sekali pun menggunakan tangannya buat memukul kecuali dalam jihad.

8. Apabila seseorang bertanya ataupun meminta daripada Rasulullah, baginda tidak pernah berkata “Tidak”

9. Nabi sangat pemalu. Lebih pemalu daripada gadis perawan di bilik hiasnya.

10. Antara nama lain Nabi Muhammad adalah Ahmad, Al-Mahi (penghapus kekufuran), Al-Hasyir (yang mengumpulkan), Al-Aqib (yang mengakhiri). 

11. Baginda tidak pernah makan roti dengan daging kecuali bersama orang lain. 



Sumber
Kitab  Syamail Muhammadiyah




Thursday, December 12, 2013

Cinta itu anugerah dari Allah




بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ










Cintaku kepada Allah, kerana aku adalah ciptaanNya
Cintaku terhadap seseorang , kerana perasaan yang diciptaNya.






Definisi Cinta menurut Islam

 Bahasa
 Suka sekali ataupun Senang sekali.

 Istilah
 rasa kasih sayang yang muncul dari lubuk hati yang terdalam untuk rela berkorban, tanpa mengharap imbalan apapun, dan dari siapapun kecuali imbalan yang datang dan diredhoi Allah.






Kisah Umar Al-Khattab dan gurunya.

Pada suatu hari, Umar bin Khattab bertanya kepada gurunya:
 "Apakah cinta sejati itu?"
 Sang guru menjawab : "Berjalanlah lurus di taman bunga yang luas, petiklah satu bunga yang terindah menurutmu dan jangan pernah berbalik kebelakang."
 Kemudian Umar melaksanakannya dan kembali lagi dengan tangan hampa.
 Gurunya bertanya, "Dimanakah bunganya?" tanya sang guru.
 Umar menjawab, "Aku tak bisa mendapatkannya guru, sebenarnya aku telah menemukannya, tapi aku berfikir lagi pasti ada yang lebih bagus didepan sana, dan ketika aku telah sampai dihujung taman. Aku tersedar bahawa yang aku temui di awal tadi itulah yang terbaik! Tetapi aku tidak boleh menoleh kebelakang kembali, bukan?
 Sang guru berkata, "Seperti itulah CINTA, semakin kita mencari yang terbaik, maka tidak akan pernah sekalipun kita menemukannya. Maka jangan pernah sia-siakan cinta yang pernah tumbuh di hati kita, karena waktu takkan pernah kembali".